Input your search keywords and press Enter.

Hangus Dijilat Api

M Update, 12/2/2019 – Tujuh keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah panjang didiami mereka di Kampung Hobut dekat Matunggong, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang semalam, tiada mangsa dilaporkan cedera apabila semua penghuni di tujuh pintu rumah panjang terbabit sempat menyelamatkan diri.

Sepasukan tujuh anggota dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama dua jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.45 petang.

Cuaca panas dan kering menyebabkan api merebak dengan pantas pada setiap rumah, memaksa penghuni bergegas keluar menyelamatkan diri. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan namun semua penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda manakala hanya sebahagian yang berjaya membawa keluar dokumen penting seperti kad pengenalan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply