Input your search keywords and press Enter.

5,022 gelandangan dapat kerja

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Seramai 5,022 gelandangan yang mendaftar masuk secara sukarela ke lima Anjung Singgah di seluruh negara sudah mendapat kerja sejak 2011.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata dalam tempoh itu seramai 6,936 mendaftar di Anjung Singgah berkenaan.

“Penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan motivasi dilaksanakan kepada penghuni bagi meningkatkan daya tahan dan daya juang dalam menghadapi cabaran kehidupan serta memangkin perubahan sikap dan tingkah laku,” katanya.Beliau menjawab soalan asal Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Hannah meminta anggota masyarakat supaya tidak melayan kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang diperalatkan pihak tertentu untuk meminta sedekah dan menjual tisu.“Kita bukan tidak simpati dengan kanak-kanak terbabit, tetapi sedih kerana mereka diperalatkan pihak tertentu untuk mendapatkan untung mudah.

“Bantuan sepatutnya disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu kanak-kanak terbabit,” katanya.-BHarian

Leave a Reply