Input your search keywords and press Enter.

Kejam! Bunuh & Kerat Anak Kerana Degil

M Update, 13/2/2019 – Seorang ibu membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana terlalu degil serta mengerat mayat dan menyumbatnya dalam beg tangan, sebelum melaporkan kanak-kanak itu diculik untuk menutup perbuatannya.

Nakira Griner, 24, mengaku memukul anak sulungnya itu sehingga mati kerana terlalu degil. Dia melaporkan kehilangan kanak-kanak itu dengan mendakwa mangsa diculik pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu, lapor Daily Mail.

Mayat kanak-kanak malang yang dikerat dan dibakar ditemui dalam tas tangan serta beberapa beg sampah, ditanam di halaman rumah Nakira keesokannya, lapor Vineland Daily Journal. Susulan itu, dia didakwa atas tuduhan membunuh, membahayakan kanak-kanak, merosakkan mayat manusia serta merosak bahan bukti.

Nakira yang baru melahirkan anak keduanya, mengaku menampar anaknya dengan kuat menyebabkan mangsa terpelanting sehingga jatuh tangga. Dia bagaimanapun tidak mendapatkan bantuan perubatan, sebaliknya membiarkan kanak-kanak itu.

Namun dalam laporan polisnya, dia mendakwa diserang ketika berjalan bersama dua anaknya dan mangsa kononnya diculik lelaki tidak dikenali terbabit.

Sumber : Agensi, HM Online

Leave a Reply