Input your search keywords and press Enter.

Banteras Rasuah Di Sempadan

M Update, 12/03/2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Anti Rasuah Thailand (NACC) bakal bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan antara dua negara berkaitan.

Jalinan kerjasama itu bagi mengekang jenayah rasuah yang berlaku di kawasan sempadan khususnya berkaitan penyeludupan.

Kerjasama antara Malaysia dan Thailand itu penting bagi penyaluran maklumat antara agensi penguat kuasa di sempadan.

Keberkesanan kerjasama antara pihak berkuasa diharap dapat mengekang kegiatan rasuah di sempadan kedua-dua negara.

Secara amnya, dapat dilihat kebarangkalian (rasuah) boleh berlaku, jadi kita cegah pada peringkat awal dan kita tidak boleh bekerja bersendirian dalam usaha ini. Kerjasama kedua-dua negara mampu mencegah jenayah rasuah di sempadan.