Input your search keywords and press Enter.

Kes Penculikan Di Malaysia Tiada Kaitan Dengan Sindiket Jual Organ

M Update, 13/2/2019 – Dakwaan bahawa terdapat kanak-kanak yang diculik dan organ mereka diambil untuk dijual di dalam negara atau di luar negara seperti yang tersebar luas di laman sosial sejak akhir-akhir ini merupakan khabar angin dan bohong semata-mata untuk menakutkan orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dr Hirman Ismail ada mendedahkan sebab kenapa dakwaan itu adalah khabar angin semata-mata. Ini kerana:

1. Proses keluarkan organ utk transplan kpd pesakit adalah proses rumit, hanya boleh dilakukan di hospital. Hanya beberapa hospital di Malaysia yg ada kepakaran ini. Agak mustahil organ dari org diculik dikeluarkan di lain2 tempat spt rumah atau tepi jalan.

2. Kalau benar sindiket jual organ, tentu polis dpt kesan hospital & pakar bedah yg terlibat. Proses bedah hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar bedah terlatih dgn bantuan sekumpulan doktor/ jururawat (bkn sorang2), sb proses sgt rumit, bkn macam siang ikan atau ayam ye.

3. Organ yg dikeluarkan perlu dipindahkan ke pesakit secepat mungkin. Contoh jantung boleh tahan 6 jam je, buah pingggang 24 jam. Jadi, pesakit selalunya dah stand by & proses ini juga dilakukan hanya di hospital. Kalau ada sindiket tentu polis boleh kesan hosp yg terlibat.

4. Kalau organ dicuri utk dieksport pun agak mustahil sb organ ni bukan boleh tahan lama. Tak sempat nak eksport pun. Organ disimpan di dalam cecair khas (distributor pun terhad), bukan boleh masuk freezer mcm kita simpan ayam kat rumah boleh tahan berminggu2.

5. Nak habaq lagi sekali, proses keluarkan organ adalah rumit bg memastikan organ itu dpt digunakan. Selalunya, bukan kerja seorang pakar bedah tapi sekumpulan doktor. Kalau betul sindiket, memang ramai doktor terlibat, tak mungkin, senang kantoi.

6. Polis dan KKM telah banyak kali keluarkan kenyataan TIADA SINDIKET jual beli organ di Malaysia dan kes penculikan yg berlaku sblm ini pun TIADA KAITAN.

7. Saya mendoakan agar keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. 

Sumber :
Dr Hirman Ismail

Leave a Reply