Input your search keywords and press Enter.

RAJD Perlu Lebih Efektif

M Update, 13/2/2019 – Penstrukturan semula Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) akan dilaksanakan bagi membolehkan RAJD menjalankan tugas dan peranannya dengan lebih efektif dan efisien supaya menjadi sebuah pasukan bantuan tempur Tentera Darat (TD) yang boleh dipercayai, bersedia melaksanakan dan membantu pasukan itu.

Melalui penstrukturan itu, RAJD terus mengorak langkah dengan memperkasakan keupayaan dalam empat bidang utama iaitu, Kejuruteraan Medan, Perkhidmatan Kejuruteraan Profesional, Kejuruteraan Pakar Senggara Perhubungan (Line of Communication) dan Geospatial Pertahanan.

Tugas dan fungsi Geospatial Pertahanan diperkasakan selaras dengan pembangunan strategik di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti pewujudan ‘Network Centric Operation’ (NCO), perisikan jurutera dan sistem persenjataan moden ATM yang memerlukan data geospatial yang lebih terperinci di samping pengintergrasian data geospatial oleh agensi awam serta swasta.

Sejajar dengan rancangan memperkasakan tugas dan fungsi geospatial ini, Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah mencadangkan pewujudan tred kepakaran baharu iaitu Jurugeospatial dan kursus-kursus berkaitan bagi menyediakan anggota yang benar-benar mahir di dalam bidang geospatial ini.

Secara amnya penstrukturan semula RAJD ini ialah untuk memperkasakan pasukan supaya boleh dipercayai serta berupaya melaksanakan tugas efektif sejajar dengan situasi, teknologi dan ancaman semasa.

Sumber : Air Times

Leave a Reply