Input your search keywords and press Enter.

Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis

M Update, 29/1/2019 – Kisah yang ingin didendangkan adalah berkenaan dengan seorang anggota tentera tanah air kita negara Malaysia yang mana beliau merupakan seorang perwira yang berasal dari Pantai Remis, Perak. Tersimpan sebuah kisah yang amat baik untuk didendangkan kepada seluruh anak bangsa supaya menjadi ikutan atas keberanian beliau dalam mempertahankan negara yang dicintai.

Individu yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid yang mana beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977 atas satu kisah pertempuran dengan pengganas komunis.

Keberanian Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dalam pertempuran dengan pengganas komunis tidak dapat dinafikan lagi apabila dengan beraninya bertempur serta menyaksikan 6 pengganas komunis dibunuh. Malang sekali, Mejar Zainal Abdul Rashid turut terkorban dalam pertempuran tersebut.

Kisahnya pertempuran Operasi Gubir II tersebut berlaku pada 15 Julai 1976 di Gubir, Kedah apabila Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid bersama-sama dengan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan pengganas komunis seramai 15 orang setelah mengekori pergerakan mereka beberapa hari sebelumnya.

Sewaktu bertempur dan berjaya menumbangkan dua orang pengganas dibunuh dengan tembakan rambang, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid terus meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya tidak gentar untuk terus berjuang.

Dalam masa yang sama juga, seorang pengganas komunis wanita yang cedera membaling sebutir bom tangan dan telah mencederakan Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi telah membakar semangat juang anggota-anggotanya yang lain untuk menggempur musuh.

Akhirnya, mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Apa yang menyedihkan, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid turut gugur dalam pertempuran tersebut. Setahun kemudian, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.

Sumber : orangperak.com

Leave a Reply