Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Segamat hadapi kemarau 4 bulan - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Segamat hadapi kemarau 4 bulan

M-Update,14/2/2019, SEGAMAT – Penduduk di daerah ini dinasihatkan menggunakan air secara berhemah khususnya sebagai persediaan menghadapi cuaca panas. Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh berkata, keadaan cuaca agak kemarau ketika ini dijangka berlaku sejak Januari hingga April ini sekali gus memberi kesan bekalan tadahan air terawat.

“345,000 pengguna air terawat di sini disarankan agar menggunakan sumber itu secara berhemah bagi menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan. “Bagi daerah Segamat, kita jangkakan keadaan musim kering selama empat bulan ini iaitu suatu keadaan tanpa taburan hujan yang boleh mengakibatkan beberapa paras air di sungai utama merosot secara berperingkat,” katanya keka ditemui.

Menurutnya, paras air di daerah ini yang berisiko mengalami kemerosotan adalah Sungai Segamat, Sungai Muar, Sungai Jementah, Sungai Labis dan Sungai Segamat Kecil. Selain itu, sumber tadahan empangan air di Juaseh juga dijangka mengalami keadaan sama secara berperingkat. “Beberapa sungai utama di sini dan tadahan air di Empangan Juaseh, Labis merupakan antara sumber utama bekalan air mentah penduduk termasuk air di Sungai Segamat yang diproses di Loji Ranhill, Syarikat Air Johor (SAJ) di Kampung Tengah, di sini.

 “Justeru, pengguna harus bijak menggunakan air di dalam dan luar kediaman mereka bagi memaskan sumber utama itu mencukupi jika berlaku musim kering sekiranya melebihi daripada tempoh yang diramalkan,” katanya. Dalam masa sama, Abdul Rahman turut memohon kerjasama umat Islam untuk melakukan solat hajat agar musim kemarau kini tidak berlarutan. “Kita juga menasihatkan penduduk agar tidak melakukan pencemaran di sekitar sungai yang mana ia merupakan punca bekalan air mentah ke loji pemprosesan.

 “Keadaan sungai tercemar dibimbangi boleh mendorong pihak berkaitan untuk menutup sementara loji terlibat bagi proses pemulihan air terawat sekaligus keadaan itu boleh menjejaskan kuatitin pengeluaran pembekalan air,” katanya. Menurutnya, keperluan harian air terawat bagi pengguna di daerah ini adalah sekitar 92,000 meter padu, namun bacaan itu meningkat pada musim perayaan dan hujung minggu.

 “Sementara bagi kilang dan individu yang berhasrat untuk mengambil air tidak terawat di sungai dalam jumlah tinggi dinasihatkan untuk memohon kebenaran terlebih dahulu daripada agensi berkaitan melalui Kerajaan Negeri Johor. “Pengawalan penggunaan air berhemah secara kitar semula untuk tujuan penjimatan boleh dilakukan antaranya menggunakan air ganan di akuarium bagi siraman tanaman pokok selain tidak kerap mencuci kenderaan pada musim panas. ”Bagi sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian pusat maklumat Ranhill, SAJ di nombor 1800 88 7474 atau melaporkan aduan jika menerima maklumat berkaitan pencemaran sungai di sini,” katanya.

–SinarHarian

Leave a Reply