Input your search keywords and press Enter.

Bantuan Disalur Kepada sekolah Tahfiz

M Update, 14/2/2019 – Berita baik untuk semua sekolah tahfiz yang berdaftar di negara ini. Sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara boleh membuat permohonan peruntukan bagi menaik taraf dan menyelenggara premis masing-masing bermula Mac ini.

Tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara. Setakat ini, sebanyak 815 sekolah tahfiz berdaftar direkodkan membabitkan seramai 47,474 pelajar.

Peruntukan itu adalah untuk digunakan bagi tujuan keselamatan; penyelenggaraan, naik taraf bangunan dan infrastruktur asas; alat bantu mengajar; perabot dan sistem pengurusan institusi.

Antara kriteria institusi yang layak menerima bantuan itu adalah yang menjalankan pengajian secara formal (pagi hingga petang) dan melaksanakan kurikulum kebangsaan dan agama.

Selain itu, institusi berkenaan juga mestilah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri; pemilik institusi warganegara Malaysia; institusi menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama dan penama akaun institusi bukan penama individu.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan pada Mac ini selain jumlah permohonan bagi sesebuah institusi tidak melebihi RM250,000.

Semua permohonan mestilah diselaraskan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam tempoh masa yang ditetapkan dan permohonan yang tidak lengkap atau di luar skop projek tidak akan dipertimbangkan.

Jumlah peruntukan yang diberikan tertakluk kepada kelulusan dan pertimbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah JAKIM.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply