Input your search keywords and press Enter.

CN235 Terlibat Dalam Trilateral Maritime Patrol (TMP)

M Update, 15/2/2019 – Buat julung kalinya pesawat CN235 milik TUDM terlibat dengan rondaan Maritim tiga Negara (Malaysia, Indonesia, Filipina) dalam Trilateral Maritime Patrol (TMP) di Laut Sulu.

Pengarah Maritime Command Centre (MCC), Tawau, Kepten Pulendren A/L Paramasivam TLDM berkata, rondaan laut berkenaan membabitkan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Gaya dan kapal Tentera Laut Filipina (TLF) BRP Anastacio Cacayorin.

Pegawai Pemerhati dari Angkatan Tentera Malaysia, Indonesia dan Filipina juga turut serta di dalam rondaan udara. Buat julung kali rondaan itu dilaksanakan serentak antara rondaan laut dan udara.

Pertemuan di laut antara kapal TLDM dengan kapal TLF sejak Oktober 2017 secara tidak langsung memberi peluang untuk melaksanakan latihan dan meningkatkan pengoperasian bersama sekaligus memudahkan perkongsian maklumat risikan dan situasi semasa di perairan Laut Sulu.

Rondaan laut dan udara secara serentak di bawah Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) ini akan diteruskan setiap bulan secara bergilir-gilir di tiga negara berkenaan bagi memastikan perairan Laut Sulu sentiasa di awasi daripada sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan komuniti maritim.

Sumber : SabahNewsToday

Leave a Reply