Input your search keywords and press Enter.

Hubungan Malaysia-China masih baik – Dr Mahathir

M Update, 15/2/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan akan terus mengekalkan dan meningkatkan hubungan baik Malaysia-China. Perdana Menteri berkata ia dasar yang diputuskan kerajaan hari ini dalam usaha mencontohi pertumbuhan ekonomi negara itu.

“China (dulu) sangat miskin, negara dunia kelas ketiga, sekarang semakin maju. Pertumbuhan (ekonomi dan perdagangan) China mempengaruhi hubungan antara Malaysia-China. China (ketika ini) menjadi pelabur terbesar di Malaysia ,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas jemputan China sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang bermula pada 31 Mei 1974.

Ketika ini, Malaysia dan China dalam proses perbincangan mencapai persefahaman berhubung projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM81 bilion dan projek lain yang relevan untuk meminimumkan kerugian atau mencapai penyelesaian ‘menang-menang’.

Mengulas kemungkinan Malaysia akan membangkitkan pendiriannya berhubung kes kematian wartawan, Jamal Khashoggi ketika lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, selama dua hari bermula Ahad ini, Dr Mahathir berkata belum membuat keputusan.

“Kerajaan akan meneliti maklum balas daripada China dan Jepun berhubung kes kematian Jamal Khashoggi, sebelum menyatakan pendirian Malaysia kepada Putera Mahkota Arab Saudi,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply