Input your search keywords and press Enter.

PJR Aidilfitri Di Seluruh Negara

M Update, 05/04/2024 – Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri diadakan di 302 lokasi berjadual telahpun bermula sehingga 9 April 2024 ini – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

PJR merupakan satu daripada inisiatif di bawah Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

PJR Aidilfitri akan membabitkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30% berbanding harga jualan asal.

Selain penjualan barang-barang keperluan kering, PJR Aidilfitri akan membabitkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aidilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya.

Lokasi pelaksanaan PJR Aidilfitri adalah di Johor sebanyak 18 lokasi, Kedah (21), Kelantan (14), Kuala Lumpur (4), Melaka (13), Pahang (15) dan Perak (25), Perlis (3), Pulau Pinang (42), Sabah (29), Sarawak (45), Selangor (36), Terengganu (22), Negeri Sembilan (13) serta Putrajaya dan Labuan masing-masing dengan 1 lokasi.