Input your search keywords and press Enter.

RM50 juta naik taraf kuarters ATM

M-Update,15/2/2019, KUANTAN: Kementerian Pertahanan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM50 juta bagi menaik taraf rumah keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara pada tahun ini. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata sebelum ini kementeriannya sudah memberikan dana RM70 juta bagi membaik pulih kuarters ATM yang uzur.

“Kita bercadang untuk menaik taraf kuarters yang ada daripada rumah dua bilik kepada tiga bilik. Ia akan dilakukan secara berperingkat.“Perlu lihat dan kenal pasti kawasan (kuarters) yang perlu didahulukan. Di Lumut (Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia) empat blok dalam proses disiapkan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan Lawatan Kerja Ke Kem 4 Briged Mekanize di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), berkata, proses naik taraf rumah keluarga ATM itu tidak mempunyai jangka masa untuk disiapkan, sebaliknya dilaksanakan secara berfasa dan mengikut peruntukan diberikan Kementerian Kewangan.“Jika tanya saya peruntukan yang ada sekarang ini tidak mencukupi tapi kita akan lakukan secara berperingkat untuk beri keselesaan kepada warga ATM kita,” katanya.

Mohamad berkata, kuarters ATM di Port Dickson juga dalam fasa dinaik taraf menjadi kuarters tiga bilik selain beberapa kem ATM lain termasuk di Kuantan.

–BeritaHarian

Leave a Reply