Input your search keywords and press Enter.

LTdL 2019 diadakan selepas LIMA’19 – Syed Saddiq

M-Update,15/2/2019, BACHOK: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) ditunda dan akan berlangsung selepas Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA‘19). Katanya, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Kabinet kerana tidak mahu dua program besar berlangsung pada tarikh sama.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memandang serius perkara berkenaan kerana kedua-dua program terbabit dicetuskan oleh beliau.“Kita mahu dua acara besar ini dapat dibahagikan kepada dua fasa kerana kita mahu memastikan ia berlangsung dengan jayanya selain mendapat liputan meluas media.

“Pada masa sama, kita mahu tarikan pelancong ke Malaysia khususnya Langkawi adalah berterusan dan kita akan pastikan LTdL dilaksanakan sebaik mungkin.“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Lokman Hakim Ali, persatuan dan penganjur. Saya difahamkan mereka sudah mengadakan perbincangan pagi semalam bagi menetapkan tarikh baharu LTdL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Townhall ‘Anok Mudo’ di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, di sini, hari ini.LIMA’19 dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac, manakala jadual asal LTdL pada 24 hingga 31 Mac. Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, sekiranya dua program besar itu dilakukan pada waktu sama, ia memberi masalah kepada liputan media terutama media antarabangsa.

“Kita dimaklumkan sekiranya mahu mengadakan siaran langsung dengan media antarabangsa, mereka tidak mahu berlaku pertindihan selain memerlukan penggunaan dron dan helikopter.“Sedangkan jika LIMA berlangsung, ruang udara ditutup dan dikawal rapi,” katanya.

–BeritaHarian

Leave a Reply