Input your search keywords and press Enter.

Lembu Nahas Pertama Keretapi Baru India

M Update, 18/2/2019 – Kereta api separa laju pertama India yang baru dilancarkan oleh Perdana Menterinya, Narendra Modi semalam, dilaporkan rosak akibat merempuh lembu di landasan, hari ini. Kejadian berlaku selepas kereta api berkenaan melakukan perjalanan pertama dari New Delhi ke bandar Varanasi.

Menurut syarikat Kereta api India, kemalangan ketika perjalanan pulang itu menyebabkan bekalan elektrik untuk empat gerabak terputus dan sistem brek rosak. Kereta api itu tersadai ketika dalam perjalanan pulang ke New Delhi kerana mengalami masalah teknikal,” kata jurucakap Kereta Api India, Smita Vats.

Kemalangan itu menimbulkan kontroversi baru di bawah pentadbiran kerajaan Narenda yang berikrar untuk menyediakan perkhidmatan kereta api peluru pertama India pada 2022. Kereta api buatan tempatan itu mempunyai kelajuan maksimum 180 kilometer sejam iaitu 20 peratus lebih laju berbanding kereta api kedua paling laju dalam perkhidmatan.

Sumber : AFP, HM Online

Leave a Reply