Input your search keywords and press Enter.

Bahana pasang peranti curi maklumat ATM

M Update, 19/2/1029 – Polis menahan tiga lelaki selepas didapati memasang alat peranti untuk menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kedai serbaneka sekitar Jalan Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek berusia antara 30 hingga 48 tahun yang ditahan kira-kira jam 9.30 malam itu, memasang alat perakam video dan pengimbas kad kredit/debit masing-masing di papan kekunci dan ruangan masuk mesin ATM itu.

“Kita membuat pemeriksaan fizikal ATM berkenaan selepas mendapat aduan. Hasil pemeriksaan, ada dua unit peranti ditemui iaitu alat perakam video dan pengimbas kad kredit/debit. Hasil maklumat pengadu dan saksi, polis menahan mereka berdekatan kedai serbaneka berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : BH Online

Leave a Reply