Input your search keywords and press Enter.

PDRM : Hati-Hati Semasa Keluarkan Wang

M Update, 28/5/2019 – Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada ketika mengeluarkan wang tunai di bank terutama pada musim perayaan ini. Katanya, langkah berjaga-jaga ini bagi mengelak orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah seperti samun, ragut dan rompak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terenanu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, sekiranya ada melakukan pengeluaran wang di bank, pastikan tiada individu mencurigakan memerhati atau mengekori. Untuk rekod, dalam tempoh Mei ini sahaja, polis menerima tiga laporan kejadian kecurian wang membabitkan mangsa yang melakukan urusan pengeluaran wang di bank iaitu dua kejadian di Kuala Terengganu dan satu di Marang.

Kejadian yang dilaporkan di Kuala Terengganu iaitu pada 12 dan 15 Mei lalu membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM48,000 yang terpaksa ditanggung dua mangsa manakala satu laporan di Marang pada 21 Mei melibatkan nilai kerugian RM31,600. Siasatan mendapati modus operandi kejadian sama iaitu selepas mangsa melakukan urusan di bank sebelum diekori lelaki tidak dikenali dan terus melarikan wang berkenan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Razmi berkata, selain itu, orang ramai turut diingatkan agar jangan sesekali meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan kerana tindakan itu boleh menarik perhatian penjenayah. Jadi kita mengharapkan orang ramai tidak menyimpan wang atau barang berharga di dalam kereta ditinggalkan di tempat-tempat awam. Sentiasa menjaga keselamatan barangan yang di bawa dan sentiasa mengunci kereta ketika ditinggalkan selain cuba elak meninggalkan kenderaan di kawasan terpencil,” katanya. – SH Online

Leave a Reply