Input your search keywords and press Enter.

Papar CCTV Secara Terus

M Update, 19/2/2019 – Akhirnya tertangkap sudah suspek yang menyamun seorang wanita dalam lif di MRT Cheras. Rentetan insiden ini, Rapid KL mengambil inisiatif pencegahan tambahan termasuk memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam lif terus kepada kakitangan bertugas.

Rakaman itu dapat dilihat menerusi skrin utama, sekali gus membolehkan aktiviti mencurigakan diketahui dengan lebih pantas.

Selain itu,pihak Prasarana menambah bilangan anggota pasukan tindakan khas (SAT) di beberapa lokasi panas seliaan RapidKL.

Pasukan SAT adalah unit khas yang ditubuh Jabatan Sekuriti Prasarana dan berpakaian seragam ketika melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Pengguna pengangkutan awam kendalian Rapid KL diminta lebih berhati-hati dan boleh mendapatkan perkhidmatan pengiring untuk ke tempat parkir sekiranya ada keperluan.

Sumber : BH

Leave a Reply