Input your search keywords and press Enter.

Pasaran Modal Islam Capai RM1.88 Trilion

Sumber Gambar FB Page Ringgit & Sen

Pasaran modal Islam Malaysia yang mewakili 61% daripada keseluruhan pasaran modal tempatan mencecah RM1.88 trilion bagi tahun 2018. Nilai berkenaan dibangunkan oleh sebuah industry yang merangkumi firma-firma pengurusan dana tempatan dana asing, penasihat dan broker saham dengan keupayaan pasaran modal Islam yang komprehensif.

Suruhanjaya Sekuriti mengiktiraf industri pengurusan dana Islam sebagai satu saluran yang penting bagi menggembeling modal ke dalam pelaburan berlandaskan syariah dan landskap industri telah berubah dengan ketara sepanjang dekad yang lalu.

Inovasi yang diterajui industry selaras dengan inisiatif pembangunan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan ia telah mewujudkan pelbagai produk pelaburan Islam termasuk dana unit amanah, dana borong, skim persaraan swasta, dana pertukaran bursa dan pelaburan amanah hartanah. Pada skala global dan dengan persaingan yang sengit, Malaysia terus menerajui pasaran modal Islam, sukuk dan pasaran dana Islamnya adalah antara yang terbesar di dunia.

Usaha membangunkan ekosistem pasaran modal Islam yang holistik mengambil masa yang lamadan ia telah diperkukuhkan melalui pendekatan Malaysia secara menyeluruh ke arah membangunkan sebuah persekitaran pasaran modal Islam. Selain dorongan daripada SC, pendekatan ini telah dijayakan melalui pandangan pakar-pakar syariah, professional industry dan pihak berkepentingan seperti pelabur institusi.

Tambahan pula, pemacu utama pertumbuhan industri yang akan datang adalah perubahan dalam keutamaan pelaburan membabitkan pelabur generasi baharu.

Leave a Reply