Input your search keywords and press Enter.

Jalan TAR Tutup, KL Sunyi

M Update, 20/2/2019 – Keputusan berhubung penutupan sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada semua kenderaan persendirian, kecuali bas awam, akan dimuktamadkan sebelum 15 Mac 2019.

Ketika ini, pihak kementerian Wilayah masih mendapatkan laporan dan timbal balas daripada mereka yang berkepentingan meliputi peniaga serta orang ramai mengenai cadangan itu.

Keputusan akan diumumkan paling lewat seminggu sebelum 15 Mac depan kerana hingga kini, kaedah pelaksanaannya belum diputuskan lagi.

Perbincangan dilakukan dengan pihak berkaitan termasuk peniaga dan orang ramai.

Penutupan jalan itu bertujuan memberi keselesaan kepada orang awam untuk berurusan di kawasan berkenaan yang dijangka menjadi tapak baharu Bazar Ramadan.

Namun, pengusaha premis perniagaan di sekitar Jalan TAR dilaporkan membantah dan bercadang membuat protes dengan tidak beroperasi pada 15 Mac depan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply