Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
MFL batalkan penyertaan Perlis - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

MFL batalkan penyertaan Perlis

Gambar: MFL

M-Update,21/2/2019, KUALA LUMPUR: Status sebenar penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini terjawab akhirnya selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membatalkan wakil dari Utara itu dan keputusan itu berkuatkuasa serta merta. Keputusan sebulat suara itu diambil oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas mendapati pasukan itu tidak memiliki jaminan kukuh dari segi kewangan bagi terus bertahan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, MFL sudah memberikan  bantuan dan ruang secukupnya bagi Perlis mengatasi masalah kewangan untuk mengelak daripada berlaku kesan lebih buruk kepada pemain dan Liga M.Bagaimanapun, Kevin berkata selepas meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), pihaknya mendapati sumber kewangan pasukan itu tidak mencukupi.

“Selepas mengambil kira segala aspek, Ahli Lembaga Pengarah sebulat suara membatalkan penyertaan Perlis pada Liga Perdana musim ini. Faktor utama keputusan pembatalan Perlis bermain Liga Perdana musim ini disebabkan kegagalan mereka mengatasi masalah kewangan serta tidak mempunyai perancangan kewangan yang menyakinkan untuk mereka terus bertahan.

“Selain kes Perlis, MFL turut mengkaji enam lagi pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji tetapi buat masa ini kami mengumumkan dahulu keputusan membabitkan Perlis kerana ia adalah kes lebih berat dan mendapat perhatian ramai pihak. Ahli Lembaga Pengarah kini sedang menilai kes enam lagi pasukan itu dan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat,” katanya. 

Untuk rekod, skuad Perlis dinaikkan ke Liga Perdana bagi menggantikan Petaling Jaya City (dulu dikenali MIFA) yang ‘naik pangkat’ beraksi di Liga Super selepas penarikan diri Felcra FC.Pada masa sama, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran membabitkan pemain Perlis sehingga 20 Mac ini.

“Kami prihatin dengan kemelut yang bakal dihadapi pemain Perlis. Justeru itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain-pemain Perlis selama 30 hari bermula hari ini, bagi memberikan ruang kepada mereka mencari pasukan baharu memandangkan tempoh pendaftaran pemain akan ditutup pada jam 11.59 semalam,” katanya.

–BeritaHarian

Leave a Reply