Input your search keywords and press Enter.

Semua Premis LHDN Ditutup Sepanjang PKP

M Update, 27/3/2020 – Semua premis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara akan ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat berikutan pelanjutan peraturan itu sehingga 14 April ini.

LHDN memaklumkan dalam tempoh PKP itu, pegawainya melaksanakan tugasan dari rumah untuk mengelakkan risiko jangkitan wabak COVID-19. Pada masa yang sama, katanya LHDN akan memastikan kes percukaian segera dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantashttps://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

LHDN juga boleh dihubungi melalui media sosial rasmi di Facebook https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial. Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim:

Versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf

Versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf

Leave a Reply