Input your search keywords and press Enter.

Tol Bakal Dihapuskan?

M Update, 22/2/2019 – Kerajaan dijangka mengumumkan berita gembira berkaitan tol lebuh raya dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberitahu, perkara itu sedang dibincangkan Kabinet.

“Kita baru-baru ini ada berbincang mengenai isu tol dan mungkin dalam sehari dua ini, akan ada kenyataan mengenai tol. Saya tidak boleh nak cakap lebih mengenai perkara itu, biarlah menteri berkaitan yang membuat pengumuman,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, PH menerusi manifestonya berjanji akan menghapuskan tol secara berperingkat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply