Input your search keywords and press Enter.

Hina Nabi: Mahkamah tolak untuk reman lebih lama

M Update, 26/2/2019 – Suspek yang dipercayai terbabit menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan Isteri baginda, Saidatina Siti Aishah tidak direman lebih lama kerana mahkamah menolak permohonan polis untuk terus menahan lelaki berkenaan. Difahamkan, polis mahu melanjutkan reman suspek dan memohon untuk mereman selama 10 hari telah ditolak mahkamah atas sebab keadaan kesihatan suspek.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah jelaskan sebelum ini bahawa suspek terbabit ditangkap di Mentakab, Pahang dan dibawa ke Johor untuk proses siasatan serta penahanan. Asalnya polis memohon reman selama 10 hari dari mahkamah, tetapi yang diluluskan hanya tiga hari.

Kemudian polis mohon untuk sambung reman tetapi tak diluluskan kerana suspek ada masalah komplikasi kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi,” katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Ke-63 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memberitahu, disebabkan mahkamah menolak permohonan lanjutan reman, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis. Menurutnya, kertas siasatan berkaitan kes berkenaan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk langkah seterusnya.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply