M Update, 27/2/2019 – Saksi ke-17 prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu dia ternampak kira-kira lima atau enam orang seperti sedang memukul seseorang semasa insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.
Nasarudin Abdullah, 22, berkata, ketika itu, kira-kira 30 orang berada di kawasan jentera dan sedang melakukan gerakan seperti menendang dan menumbuk.
“Di situ ada lebih kurang 30 orang tetapi saya hanya nampak lima atau enam orang seperti sedang menendang dan menumbuk ke bawah. Bagaimanapun, saya tidak nampak apa dibawah itu sebelum tiba-tiba melihat ada orang sedang mengusung seseorang yang memakai seluar bomba,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad tadi.
Terdahulu, dia berkata, sebelum ternampak kejadian itu, dia melihat kumpulan 30 perusuh ini menyerang jentera bomba sambil memarahi kehadiran pasukan penyelamat itu.
Menurutnya, dia terdengar mereka menjerit “Berani korang masuk kuil India…Babi korang,” selain mendengar perkataan mencarut dalam bahasa Tamil.
Saya nampak mereka marah, menjerit dan membaling objek seperti botol, batu dan topi keledar ke arah jentera bomba,” ujarnya.
Sumber : K! ONLINE