Input your search keywords and press Enter.

Murid Tahun 4 Maut Dilanggar Van Sekolah

M Update, 5/4/2019 – Seorang murid perempuan tahun empat maut dirempuh van sekolah di kawasan perumahan Seri Teluki, Bukit Sentosa di sini, petang tadi. Mangsa meninggal dunia di lokasi dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 10 tahun baru turun van berkenaan sebelum melintas tanpa disedari pemandunya. Pemandu van menyedari kejadian itu apabila ternampak mangsa terbaring menerusi cermin sisi kiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata dalam kejadian itu, pemandu van berkenaan dipercayai tidak menyedari mangsa melintas selepas turun kenderaan itu. Berikutan itu, pemandu van itu berusia 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Leave a Reply