Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Autoshow 2019 Kembali Lagi

M Uodate, 5/4/2019 – Malaysia Autoshow 2019 kembali lagi menyemarakkan industri automotif Malaysia dengan membawakan tema Mobility Untuk Semua bertempat di MAEPS, Serdang bermula 11 sehingga 14 April 2019.

Acara pameran tahunan ini akan menyaksikan penyertaan daripada 32 syarikat OEM, serta 170 buah penyertaan daripada 7 buah negara, dengan jangkaan bakal menarik kira-kira 350,000 pengunjung sepanjang empat hari berlangsung. 

Upacara pembukaan untuk tahun ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Berikut merupakan daya tarikan yang bakal dibawakan pada acara Malaysia Autoshow 2019. 

Hall A. 

Meneruskan tradisi dengan mempamerkan lebih daripada 100 buah kenderaan terkini di Malaysia, termasuklah kenderaan cekap tenaga (EEV).

Hall C. 

Acara pameran bertaraf antarabangsa, iaitu International Auto Modified (IAM) juga berlangsung dalam masa yang sama, mempamerkan kira-kira 125 buah kenderaan kustom dan pelbagai modifikasi yang hadir dari tujuh buah negara.  

Di MAEPS juga disediakan litar pandu uji sepanjang 3 km, laluan berbukit untuk SUV, dan pelbagai aktiviti luar seperti sesi pemanduan selamat, demo pemanduan drift, sesi pemanduan selamat untuk trak dan pelbagai lagi. 

Pengunjung juga boleh mendapatkan pemeriksaan 21 mata secara percuma anjuran MARii bertempat di lot parkir pengunjung. 


Hall D. 

Tahun ini, MARii membawakan tema Imagining Future Connected Mobility di mana pengunjung bakal dihidangkan dengan siri pameran bermula dari proses rekaan automotif, kejuruteraan dan pembuatan serta gambaran ekosistem mobiliti Malaysia masa hadapan. 

Antara yang bakal menarik perhatian termasuklah:

  • Mobility Township – bandar masa hadapan dengan teknologi terhubung
  • MARii Activity Arena – pusat aktiviti setempat untuk seisi keluarga termasuklah kelas coding, robot, STEM, e-sukan dan demonstrasi kemahiran. 
  • Robot Combat Tournament – kerjasama MARii dan Kinabalu Coders membawakan pertandingan pertempuran antara robot melibatkan 32 buah penyertaan. 
  • Pameran 12 buah kereta swapandu di Malaysia Autonomous Vehicle Challenge (MAVEC’19) anjuran SAE Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tidak dilupakan, tahun ini bakal menyaksikan para pengunjung yang bertuah berpeluang untuk merebut empat unit hadiah utama berupa:

  • Perodua Myvi
  • Perodua Bezza
  • Kia Picanto
  • Vespa S 125

Tiket masuk berharga RM20 akan tetapi anda boleh mendapatkan 25% diskaun apabila membeli menerusi pautan di bawah:

Tiket Malaysia Autoshow 2019

Sumber : careta.my

Leave a Reply