M Update, 27/2/2019 – 12 orang wanita warga asing yang sedang mengurut pelanggan, terkejut apabila premis mereka bekerja di Alor Setar diserbu pihak berkuasa.
5 wanita warga Thailand antara 26 hingga 42 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan disebabkan bekerja secara tidak sah.
Operasi ‘Ops Gegar’ disertai 12 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah yang bermula 9.22 malam hingga 9.50 malam. Seramai 12 orang pekerja di pusat urut itu dari pelbagai negara diperiksa dan lima daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati, premis ini sudah enam bulan beroperasi dengan turut menjadi pusat kecantikan dan spa. Tukang urut warga asing ini turut bekerja sebagai GRO di premis ini.
Tukang urut berkenaan juag disyaki ada menawarkan khidmat ‘tambahan’ seperti urutan seks di premis itu.
Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 39(b).
Sumber : Harian Metro