Harga Minyak Dunia Turun, Tapi Kenapa Harga Pam Masih Naik? Ini Penjelasan MOF!

M Update, 09/04/2026 – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa harga minyak di stesen tidak turun kerana ia ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya, bukannya harga semasa, walaupun harga minyak mentah global menunjukkan penurunan.
Menerusi infografik di akaun X, MOF memaklumkan bekalan minyak sedia ada dibeli pada harga yang lebih tinggi, sekali gus masih mempengaruhi harga di pam ketika ini.
Menurut kementerian itu, harga minyak global telah meningkat sejak lima minggu lalu, menyebabkan kos lain seperti logistik dan insurans turut bertambah.
Sehubungan itu, harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, iaitu sekitar AS$150 setong bagi petrol dan AS$250 setong bagi diesel.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April, manakala harga runcit tanpa subsidi meningkat sebanyak 40 sen kepada RM4.27 seliter.
Bagi diesel pula, harga bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, sementara harga tanpa subsidi di Semenanjung naik 70 sen kepada RM6.72 seliter.
kampungbet kotabet kampungbet kampungbet
