Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan Setem Duti Rokok Dipertingkatkan

M Update, 28/2/2019 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengukuhkan ciri keselamatan pada setem duti kotak rokok bagi mengelakkan pemalsuan dan digunakan dalam kegiatan penyeludupan.

JKDM pada masa ini sedang memperbaiki setem duti menggunakan kaedah baharu yang mempunyai ciri keselamatan yang sukar dipalsukan berbanding sekarang.

Setem duti baharu akan mempunyai ciri mudah dikesan (pemalsuan) dan kita dalam proses membuka tender.

Pada masa ini kebanyakan rokok seludup dijual pada harga bawah RM10 sekotak dan ia adalah sebahagian trend pemalsuan pada masa ini.

Harga sebenar rokok dicampur dengan cukai sudah mencecah RM9.50 sekotak. Jika rokok berkenaan dijual harga rendah daripada RM10, ia adalah rokok seludup.

Penjual dan pembeli sepatutnya maklum mengenai perkara ini dan mereka tidak boleh memberikan alasan tidak tahu mengenai duti setem duti palsu jika diperiksa.

Sindiket penyeludupan rokok dipercayai membeli setem duti rokok yang sah dikeluarkan JKDM sebelum mengulang cetak jutaan keping setem palsu.

Setem palsu itu kemudian dilekatkan pada kotak rokok seludup sebelum dipasarkan bertujuan menunjukkan seolah-olah rokok berkenaan sudah dibayar cukai biarpun dijual di bawah harga minimum RM10.

Kaedah itu digunakan beberapa pengimport berlesen dan pengedar rokok jenama tempatan yang mempunyai rangkaian di seluruh negara bertujuan meyakinkan hampir 70,000 peruncit di seluruh negara bagi menjual produk mereka.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply