Input your search keywords and press Enter.

Notis Kepada Juruterbang (NOTAM)

M Update, 28/2/2019 – Kementerian Pengangkutan sudah mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) bagi semua syarikat penerbangan di negara ini supaya mengelak menggunakan ruang udara Pakistan susulan penutupannya, semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata itu adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan selepas berlaku tragedi MH17.

Selepas berlaku insiden MH17, jika membabitkan kawasan ada konflik pesawat, kita akan mengelak menggunakan laluan konflik itu.

NOTAM sudah dikeluarkan dan memang perlu untuk semua pesawat kita mengelak ruang udara yang terbabit untuk keselamatan penumpang. Semua syarikat penerbangan kita akan mematuhi notis dikeluarkan itu;

Pelbagai penerbangan dibatalkan dan dilencongkan semalam selepas Pakistan menutup ruang udaranya dan India menutup lapangan terbang.

Pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera, semalam, melaporkan Pakistan menutup ruang udaranya sehingga notis lanjut berikutan risau berlaku konflik habis-habisan dengan negara jiran, India.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply