Input your search keywords and press Enter.

Perhimpunan Aman Bantah Nabi di Masjid Negara

Perhimpunan Aman di Masjid Negara, KL

M Update, 1/3/2019 – Kira-kira 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Negara, di sini, bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Nabi Muhamad SAW. Perhimpunan Aman ini juga turut diadakan di seluruh negara.

Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan selepas selesai solat fardhu Jumaat bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi, pembelaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kasim, 24, dan isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta isu-isu perkauman.


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadie dalam perhimpunan aman membantah penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di Masjid Negara, KL

Himpunan aman itu turut disertai kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan parti politik.

Timbalan Pengerusi Ummah, Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut merupakan isyarat jelas kepada kerajaan untuk tidak mengambil ringan tentang isu penghinaan agama dan kebencian kaum. Penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa sedang berlaku dengan rancak dan perkara ini seperti yang dirancang kerana seolah-olah mendapat perlindungan.

Jadi himpunan hari ini sebagai isyarat kepada pihak berkuasa kerajaan termasuk polis, mahkamah dan peguam negara untuk tidak berlembut dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap agama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Yang turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr . Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, di Kelantan, 3000 rakyat Kelantan mengadakan himpunan aman selepas kuliah mingguan di Medan Ilmu, Kota Bharu bagi membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, termasuk mendesak kerajaan pusat mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menghina Nabi.

Di Johor, lebih 500 orang menghadiri Himpunan Rakyat Jangan Hina Nabi Kami peringkat negeri di hadapan Masjid Baru Uda selepas solat Jumaat hari ini. Perhimpunan Aman anjuran Pemuda PAS dan Pemuda UMNO negeri itu berjalan lancar dengan turut disertai wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadie dalam perhimpunan aman membantah penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Manakal di Negeri Sembilan, lebih 500 jemaah sertai perhimpunan bantah penghinaan terhadap Rasullulah di Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights Senawang. Selain itu, di Perak, Perhimpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Medan Datuk Sagor berdekatan Masjid Negeri di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Sumber : Utusan Online, BH Online


Leave a Reply