Input your search keywords and press Enter.

Johor mahu henti beli air terawat Singapura

M Update, 2/3/2019 – Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan bahawa ia mempunyai rancangan untuk merawat bekalan air domestik sendiri dan mungkin tidak lagi bergantung kepada Singapura untuk membekalkan air terawat ke negeri selatan pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, perancangan berhubung perkara tersebut akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Saya sentuh sedikit mengenai isu air dengan Singapura, saya ingin memberi pencerahan bahawa telah ada perancangan untuk tidak lagi bergantung kepada Singapura bagi mendapatkan sumber air terawat yang kita beli daripada mereka selama ini. katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor di sini sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, Menteri Besar Johor berkata demikian ketika berucap pada penutup Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga barisan Menteri Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Walau bagaimanapun, Osman berkata beliau tidak dapat berkongsi lebih banyak butir-butir cadangan itu kerana ia masih berada dalam peringkat perancangan.

Sumber : Malay Mail Online

Leave a Reply