Input your search keywords and press Enter.

SpaceX bakal lancar kapsul ke angkasa


Falcon 9 :Foto AFP

M-Update,4/3/2019, FLORIDA: SpaceX milik Elon Musk bakal melancarkan kapsul kru tanpa pemandu menggunakan roket Falcon 9 awal hari ini menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Ia dianggap langkah terbesar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke arah menghidupkan semula program menerbangkan manusia ke angkasa tahun ini.

Kapsul kru SpaceX setinggi 4.88 meter dikenali sebagai Crew Dragon yang dilancarkan roket Falcon 9 dijangka berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada jam 2.49 pagi (waktu tempatan). Tiga kru yang berada di stesen angkasa antarabangsa dijangka menyambut ketibaan kapsul berkenaan yang membawa 181 kilogram bekalan dan peralatan ujian awal pagi esok, kata NASA.

Sepanjang lima hari di sana, angkasawan AS dan Kanada, Anne McClain dan David Saint-Jacques akan melakukan beberapa ujian selain memeriksa kabin Crew Dragon.NASA menganugerahkan SpaceX dan Boeing Co dana AS$6.8 bilion (RM27.7 bilion) bagi membina sistem roket dan kapsul yang setara serta mampu menerbangkan angkasawan ke orbit dari tanah Amerika Syarikat buat pertama kalinya selepas program Kapal Angkasa AS dihentikan perkhidmatannya pada 2011.

Sistem pelancaran Boeing dan SpaceX menyasarkan untuk menamatkan kebergantungan terhadap roket Russia, yang terbang kira-kira 402 kilometer ke ruang angkasa dengan kos mencecah AS$80 juta (RM326 juta) untuk setiap pelancaran. – (Reuters)

Leave a Reply