Input your search keywords and press Enter.

Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

M Update, 18/04/2024 – Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia AW139 (M72-01) yang melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat pada 5 Mac lalu di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah ditemuI.

Kotak hitam berkenaan ditemui pasukan Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia selepas misi pencarian memasuki hari ke 44 berikutan ekor pesawat terbabit dikesan di kedudukan 1.9 batu nautika selatan Pulau Angsa iaitu kira-kira 760 meter dari lokasi nahas berlaku.

Kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisa data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku.

Maritim Malaysia menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat ekoran keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk.