Input your search keywords and press Enter.

Wahai penangkap ular, kamu dimana?

M Update, 5/3/2019 – JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan memburu penangkap ular terkenal dari Kuala Krai yang memuat naik kegiatannya menangkap ular berbisa tedung selar di Facebook (FB).

Difahamkan, lelaki itu memaparkan gambar memegang ular berbisa yang ditangkapnya di FB miliknya. Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohd Hasdi Hussin berkata, pihaknya menjangka dapat menahan penangkap ular itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kegiatan lelaki yang menangkap ular itu selepas gambarnya yang memegang tedung selar tular di laman sosial. Kita memberi amaran kepada lelaki itu dan orang ramai bahawa niat mempamerkan bakat menangkap ular kepada orang lain itu di laman sosial adalah menjadi kesalahan.

Pihak kita tidak akan teragak-agak untuk menahannya kerana memiliki reptilia secara haram,” katanya di Kota Bharu, hari ini. Mohd Hasdi berkata, pihak sudah memberhentikan pengeluaran permit kepada mana-mana pihak atau organisasi yang mahu mengadakan pameran ular berbisa di khalayak sejak tiga tahun lalu.

Pihak yang mengadakan pameran atau memegang ular berbisa termasuk ular tedung selar, sawa dan senduk adalah menyalahi undang-undang,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply