Input your search keywords and press Enter.

Penerbangan Dari Traveloka Ditarik Semula.

AirAsia memutuskan untuk mengeluarkan semua penerbangannya daripada ejen tempahan tiket secara atas talian Traveloka berpunca daripada ketiadaan penerbangan AirAsia Indonesia di laman Traveloka.

Pengaran Presiden AirAsia Indoneisa Dendy Kurniawan berkata, ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia itu telah menjejaskan kerjasama syarikat berkenaan dengan Traveloka. Ujar beliau pihak traveloka tidak menjalankan kerja dengan jujur dan enggan memberikan penjelaan rasmi meskipun telah berulang kali diminta agar menjelaskan isu tersebut. Selain itu, Dendy juga menegaskan bahawa Traveloka mengamalkan sikap pilih kasih berikutan ketiadaan beberapa penerbangan AirAsia Indonesia dan yang paling mengecewakan pihak AirAsia ialah apabila Traveloka turut mencadangkan pelanggan dari sosial media untuk memilih penerbangan lain. Oleh itu, pengurusan kumpulan AirAsia dengan serta merta menarik semua jualan tiket penerbangan mereka.

Oleh demikian , AirAsia menyarankan pelanggan-pelanggan mereka membuat tempahan tiket secara langsung melalui lam web rasmi airasia.com atau aplikasi AirAsia. Traveloka dalam respon mereka memberi kenyataan ketiadaan penerbangan AirAsia dalam laman web disebabkan oleh sistem syarikat penerbangan tersebut tergendala selama 13 jam namun kejadian berkenaan terjadi pada 14 hingga 17 Febuari yang lalu sementara insiden kedua pula berlaku pada 2 Mac lalu tanpa sebarang penjelasan walapun sistem AirAsia sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Leave a Reply