Input your search keywords and press Enter.

Polis Muslim Di UK Pilih Tudung Malaysia

M Update, 6/3/2019 – Bukan senang nak menepa nama hingga ken persada antarabangsa. Namun itulah rezeki Dr. Elies yang kini turut dihubungi bomba wanita Muslim UK untuk mencipta tudung untuk mereka pula.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang berasal dari Malaysia ini yang berjaya menempa nama di United Kingdom (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita Muslim di sana.

Semuanya bermula apabila Dr. Eliesmaziah Alias, 45, atau lebih mesra disapa Dr. Elies mengambil langkah kanan ketika berjumpa beberapa polis ketika satu pameran di UK.

“Saya tengok material pakaian seragam mereka tidak sesuai untuk anggota polis, saya berbincang dengan mereka dan daripada situ bermulalah perbincangan saya dengan pihak atasan mereka.”

“Tudung sukan jenama MoreSlim saya mereka gunakan untuk polis wanita Muslim barisan hadapan yang biasa seterusnya meminta saya membantu mencipta hijab yang sesuai untuk polis wanita Muslim taktikal unit.

Malah, beliau kini turut dihubungi bomba wanita Muslim UK untuk menghasilkan rekaan tudung buat mereka.

Mungkin ada yang merasakan MoreSlim agak mahal, namun harus dinilai dari kos awal penyelidikan untuk menghasilkan tudung itu yang agak tinggi lebih-lebih lagi kerana ianya bukan seperti tudung biasa.

“Tudung saya lain daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan dan yang paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas, ada pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists) malah sangat selesa dipakai untuk waktu yang panjang, lama atau keadaan tertekan,” katanya.

Bahkan, banyak kali rekaannya menjadi eksperimen polis di UK dan beliau berharap dapat menabur bakti kepada pasukan keselamatan negara ini.

“Tudung saya istimewa dan saya benar-benar berharap dapat membantu polis, tentera dan anggota keselamatan lain di Malaysia,”

Sumber : Says

Leave a Reply