Input your search keywords and press Enter.

Pantau Tahanan : Lokap Polis Bakal Dilengkapi CCTV

M Update, 20/9/2019 – Sebanyak 756 lokap polis di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha memantau isu keselamatan tahanan, sekali gus mempertingkatkan integriti pasukan keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata pemasangan CCTV itu dijangka selesai hujung tahun ini dengan membabitkan peruntukan berjumlah RM73 juta. Bajet pemasangan CCTV diluluskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, semalam, bagi mengetahui kejadian yang berlaku ketika seseorang individu berada dalam tahanan,” katanya

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, kerajaan juga akan memasang CCTV di lokap mahkamah seluruh negara, namun ia memerlukan peruntukan lain diumumkan kemudian. Sementara itu, Abdul Hamid menegaskan, tiada bantahan daripada pihaknya berhubung pemasangan CCTV di lokap kerana ia dapat meningkatkan integriti pegawai dan anggota polis.

“Anak buah saya terdedah kepada fitnah sedangkan banyak kes kematian di dalam lokap berpunca daripada penyakit dihidapi tahanan itu sendiri.

“Saya percaya dengan adanya CCTV ini, anak buah saya dapat mengelakkan tohmahan, sekali gus menjalankan tugas dengan lebih sempurna,” katanya.

Leave a Reply