Input your search keywords and press Enter.

Suami isteri bunuh Aleya direman

M Update, 7/3/2019 – Suami isteri yang disyakit terbabit dalam pembunuhan kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, direman seminggu bermula hari ini sehingga 14 Mac.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 37 tahun dan isterinya yang berusia 40 tahun dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Langkawi, Mohd Ridzwan Salleh selepas membenarkan permohonan polis.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Langkawi kira-kira 9 pagi tadi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sebelum keluar dari kamar mahkamah satu jam 45 minit kemudian.

Suspek sebelum ini ditahan di Ampang pada Selasa 4 petang selepas gambar mereka dikeluarkan polis.

Sementara itu, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : HM Online

Leave a Reply