Input your search keywords and press Enter.

‘Carseat’ menambah muatan kenderaan

M Update, 7/3/2019 – Cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk mewajibkan penggunaan tempat duduk kanak-kanak/bayi dan juga tali pinggang keledar untuk penumpang belakang bermula tahun hadapan bakal menghalang pengguna kenderaan persendirian dari memuatkan lebih dari tiga penumpang di tempat duduk belakang.

Anthony berkata Malaysia perlu mengikut peraturan tersebut kerana negara sudah berjanji untuk menurut Undang-Undang 44 Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN R44). Kementerian Pengangkutan telah menghantar rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk melupuskan cukai SST untuk tempat duduk kanak-kanak/bayi.

Penggunakan tali pinggang keledar untuk penumpang belakang sebenarnya sudah dikuat-kuasakan sejak tahun 2009 tetapi ia tidak diimplimentasikan secara serius. Careta difahamkan pada masa itu, kerajaan prihatin akan masalah pengguna di mana kebanyakan mereka tidak menggunakan MPV. Ruang penumpang belakang untuk kereta biasa hanya mampu memuatkan tiga orang sahaja.

Masalah ini bakal timbul kembali kerana tidak seperti di Indonesia, Malaysia masih tidak mempunyai MPV mampu milik dengan harga di bawah RM40,000. Malaysia bagaimanapun mempunyai kereta-kereta baharu yang dijual di bawah paras itu – Perodua Axia dan Proton Saga.

Jika undang-undang ini dilaksanakan tanpa penyelesaian kepada masalah had muatan kenderaan, ramai pengguna-pengguna dengan keluarga besar yang tidak mempunyai MPV berdepan dengan kemungkinan disaman oleh pihak berkuasa.  

Sumber : https://careta.my/

Leave a Reply