Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Komited Bantu Mindanao

6 Mac 2019 Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir mengadakan pertemuan bersama Presiden Filipina di Istana Malacanang. Tun Mahathir menyatakan bahawa Mindanao mempunyai potensi yang besar dimana ia boleh dimajukan dengan kewujudan Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM). Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir telah memberi jaminan kepada Presiden Filipina mengenai komitmen Malaysia dalam membantu pembangunan tersebut.

Ujar Tun Dr. Mahathir “saya memberi jaminan kepada Presiden Duterte akan keinginan Malaysia untuk terus membantu dalam pembangunan Mindanao dan saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Duterte atas kejayaannya meratifikasi Undang-Undang Organik Bangsamoro (BOL) dan pelantikan para anggota Pihak Berkuasa Peralihan Bangsamoro (BTA)”.

Tun Mahathir dan Duterte turut membincangkan soal perdagangan antara kedua-dua negara dan beliau yakin masih terdapat ruang untuk memperbaiki ekonomi dan Filipina dan Malaysia akan menggalakkan sektor swasta negara masing-masing mencari peluang untuk menerokai kerjasama dan pelaburan baharu.

Malaysia dan Filipina telah terlibat secara aktif di dalam BIMP-EAGA (Kawasan Pembangunan ASEAN Timur) dan boleh menggunakan platform ini untuk membantu Lembaga Pembangunan Mindanao. Selain itu, Filipna adalah rakan dagang Malaysia ke-15 terbesar dunia, dan rakan dagang keempat terbesar dalam kalangan anggota ASEAN dan oleh itu, kedua-dua beliau dan Duterte amat yakin aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara boleh dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Leave a Reply