Input your search keywords and press Enter.

Keputusan STPM 2018 meningkat

M Update, 11/3/2019 – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.80 berbanding 2.76 pada 2017.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2017.

Beliau berkata, peningkatan itu dapat dilihat sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

“Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.0 turut meningkat iaitu 666 pelajar berbanding 485 pada 2017.

“Daripada jumlah itu, 489 calon atau 73.42 peratus adalah daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40),” katanya pada majlis pengumuman keputusan STPM 2018 di Seri Kembangan, hari ini.

STPM 2018 merekodkan 38,262 calon aliran Sains Sosial atau 89.29 peratus manakala calon aliran Sains, 4,587 orang.

Mata pelajaran Pengajian Am pula mencatatkan bilangan calon mendaftar tertinggi iaitu seramai 44, 271 orang.

Sumber : HM Online

Leave a Reply