Input your search keywords and press Enter.

Maut Terjun Tingkat 6

M Update, 12/3/2019 – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Sandakan, semalam.

Mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat bawah menara terbabit oleh orang ramai pada 3.35 petang.

Difahamkan, kejadian disedari orang ramai selepas terdengar dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah, sebelum pemeriksaan lanjut menemui mayat lelaki terbabit.

Polis masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply