Input your search keywords and press Enter.

Anggota TLDM Maut Rempuh Pokok

M Update, 14/3/2019 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan, Manjung.

Dalam kejadian 7.15 pagi, Mohd Fadzli Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari Ipoh menghala ke arah Lumut. Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan mengakibatkan mangsa parah dan maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian di hantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply