Input your search keywords and press Enter.

Ular Tedung Dalam Tangki Kumbahan

M update, 18/3/2019 – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan cabaran menangkap empat ular tedung selar pelbagai saiz di Langkawi, semalam.

Empat ular tedung selar itu ditemui dalam tangki kumbahan yang belum digunakan sepenuhnya lagi di inap desa berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dengan menggunakan peralatan dan pakaian keselamatan, anggota APM mengambil masa beberapa minit untuk menangkap ular tedung selar berkenaan sebelum operasi tamat pada 7.25 malam.

Cuaca panas ketika itu menyebabkan kehadiran ular semakin bertambah di pulau itu dan sepanjang bulan ini, 40 ular pelbagai spesis.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply