Input your search keywords and press Enter.

Bayaran khas RM500 untuk pesara 20 Mac ini

M Update, 19/3/2019 – Bayaran khas sebanyak RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri kepada penerima pencen di bawah RM1,000 bagi yang berkelayakan akan dibayar mulai 20 Mac ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bayaran bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November tahun lalu.

“JPA bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sudah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 dan bagi memastikan bantuan secara ‘one-off’ atau sekali beri ini dibayar kepada penerima pencen yang layak.

“Hasil semakan mendapati seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 layak menerima bayaran bantuan berkenaan,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, JPA memaklumkan, semakan secara menyeluruh itu dibuat melalui pelbagai agensi antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengulas lanjut, keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara ‘one-off’ atau sekali beri sebanyak RM500 diharapkan dapat memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa pesara kerajaan yang terbabit.

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bantuan boleh menghubungi talian 03-8885 4648/ 4432/4667 pada hari bekerja mulai jam 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada bantuanoneoff@jpa.gov.my.

Sumber : HM Online

Leave a Reply