Input your search keywords and press Enter.

IPU Lebih 150 – Batal Aktiviti Luar Kelas

M Update, 19/3/2019 – Semua sekolah di negeri Melaka diminta menghentikan aktiviti luar bilik darjah terutamanya membabitkan murid berisiko tinggi, jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 (tidak sihat).

Arahan itu dikeluarkan berdasarkan pengumuman terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung tahap jerebu yang dilihat semakin teruk, kebelakangan ini.

Bagi kawasan mencecah IPU antara 101-200, sekolah perlu menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan di luar bilik darjah namun akan menggesa pihak berkenaan menutup operasi institusi pendidikan itu, tadika dan taska serta-merta jika bacaan mencecah melebihi 200.

Pihak sekolah diingatkan mengambil langkah berikut, jika fenomena jerebu melanda kawasan atau daerah terbabit.

Semua agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JAS sudah bersiap siaga bagi memastikan keadaan (jerebu) lebih baik.

Semakan laman web IPU, Melaka merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 103 di Alor Gajah dan 112 di Bukit Rambai.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply