Input your search keywords and press Enter.

OKU Ditahan AADK

M Update, 19/3/2019 – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) tidak sempat melepaskan gian selepas dicekup penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Sabak Bernam dalam Operasi Cegah 7 di Bagan Sungai Besar, Sungai Besar, semalam.

Dia berusia 61 tahun yang kudung kaki kiri mengaku terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak 35 tahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu baru memasuki ‘port’ dadah berkenaan ketika penguat kuasa AADK menjalankan operasi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula jam 7 pagi itu pihak AADK menahan sembilan suspek berusia 34 hingga 61 tahun.

Hasil ujian air kencing dijalankan, lapan daripada sembilan suspek ditahan positif dadah jenis morfin manakala seorang lagi disahkan negatif dadah dan dibebaskan.

Dua suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Sabak Bernam untuk mendapatkan perintah tahanan reman sebelum ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK Daerah Kuala Selangor.

Kedua-dua suspek dikenakan tahanan reman 11 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Enam lagi suspek dibebaskan dengan jaminan pegawai AADK.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply