Input your search keywords and press Enter.

PATI Ditahan, Hajat Tak Kesampaian

M Update, 19/3/2019 – Hajat seorang tekong laut mendaratkan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini, tidak kesampaian apabila dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka & Negeri Sembilan.

Tiga PATI dan tekong berkenaan ditahan ketika berada di kedudukan 2.3 Batu Nautika dari barat laut Pulau Tanjung Bidara, Melaka, pada jam 11 malam semalam.

Tekong dan PATI warganegara Indonesia yang ditahan berusia 20 hingga 38 tahun. Kehadiran bot pancung gentian kaca dinaiki semua suspek dikesan menerusi Sistem Pengawasan Maritim (Laut) SWASLA.

Tangkapan ini hasil operasi khas selepas menerima maklumat daripada SWASLA terdapat pergerakan sebuah bot mencurigakan dari perairan Pulau Rupat, Indonesia ke perairan negara.

APMM kemudian mengesan sebuah bot pancung gentian kaca tanpa nombor pendaftaran menggunakan enjin sangkut 85 kuasa kuda. Bot berkenaan dipintas dan pemeriksaan mendapati ada seorang tekong membawa tiga lelaki warganegara asing.

Semua suspek diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dan kini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply